Sejarah Kampung Tagaroh.
Kampung Tagaroh yang terletak dalam daerah Kota Marudu,
Sabah. Kampong ini wujud sebelum zaman
penanaman tembakau oleh syarikat Belanda pada tahun 1890 di kawasan Bandau
(Kota Marudu) kerana menurut cerita (Goukoi Soborong) bahawa ibu beliau pernah
berkerja di ladang tembakau milik syarikat Belanda yang disebut British Tua gaji sehari 5 sen mengumpul ulat tembakau. Pada
masa penanaman tembakau di Bandau ramai pencari kerja datang daripada kampong
Tombotuon Kota Belud datang ke Bandau berkerja di ladang sigup sebahagian
mereka telah berkahwin dengan penduduk di Kg Tagaroh dan menetap di Tagaroh
telah menjadi moyang sebahagian besar penduduk Tagaroh hari ini dan banyak tali persaudaraan penduduk Kg. Tombotuon Kota Belud.
Pemimpin Kg. Tagaroh setakat yang diingati ketika itu ialah bernama Rompodot kemudian
diganti oleh Limad dan yang terakhir ialah Langkading atau purak tulu (zaman
British) masa itulah Tagaroh dilanda
wabak penyakit menyebab ramai yang meninggal dunia dan penduduk yang dipimpinnya
tinggal beberapa keluarga lagi beliau bersama sama dengan penduduk yang tertinggal berpindah ke hilir sungai Tagaroh mereka ialah Ponot, Kandalong dan saudaranya yang lain kerana takut
menerima nasib yang sama menimpa keatas keluarga yang lain telah menerima musibah.
Asal usul Tagaroh mendapat nama melalui suatu peristiwa pada
suatu hari ketika bobolian bobolian balik dari mengubat orang sakit pada waktu
malam, semasa bobolian bobolian ini balik kerumah masing masing mereka oleh
kerana mereka mabuk dengan minuman tapai mereka tidak sedar manik atau karoh
dalam bahasa dusun tindal terlerai dari ikatan. Pada keesokan harinya didapati
sepanjang jalan yang dilalui bobolian bobolian kelihatan manik manik terjatuh
dijalanan sejak dari itu mereka menyebut nama tempat itu dengan panggilan
Natatak Karoh dan seterusnya tersingkat sebutan dengan sebutan Tagaroh dan sungai yang ada berhampiran dengan kampong ini
dipanggil sungai Tagaroh sempena nama kg. Tagaroh.
Pada ketika itu terdapat penempatan jiran Kg. Tagaroh iaitu
Sasak, Paka Pirambayan, Solunsug dan Kobidahan.
Sasak – Lokasi hari ini dikawasan tanah milik Mak She Lung, suatu tempat perkampungan ketika dahulu yang penduduknya
berusaha menghalang serangan roh jahat atau rogon yang menyebab penyakit dengan
memagar bambu sumbiling runcing namun mereka tidak dapat menangkis serangan
rogon menyebab ramai yang mati kerana wabak penyakit mereka yang tinggal masih
hidup telah tuminalun / meninggalkan tempat kerana wabak penyakit yang dibawa
oleh roh jahat.
Paka Pirambayan – Lokasi hari ini di Bukit Paka Pirambayan. Dikisahkan terlalu ramai penduduknya dan
penempatan ini adalah tempat pemuda Kg.Tagaroh dan Kg. Paka Pirambayan beradu
main gasing dan ada cerita gasing yang dikurau akan berhenti berpusing selama
nasi yang ditanak masak. Pirambayan bermaksud tempat pemuda beradu gasing.
Kampung ini juga lenyap tidak diketahui punca. Sekitar kawasan ini terdapat
kesan penempatan seperti kulit kerang, kulit siput pecahan seramik.
Kg. Solunsug – Lokasi hari ini di tanah milik Juas Bibi.
Masih terdapat anak sungai bukit yang tidak pernah kering biarpun musim kemarau
panjang. kampong mendapat nama kerana penduduk kampong mendapat air daripada
bukit mengunakan aliran daripada bambu yang disebut solunsug dalam bahasa
dusun. Kampong ini juga telah lenyap kerana wabak penyakit. Terdapat kesan
penempatan awal seperti pecahan tembikar, seramik, batu batu tinggalan dan
permukaan tanah seperti bekas kuburan.
Kg. Kobidahan – Terletak di Ulu sungai Tagaroh. terletak
diulu sungai Tagaroh diceritakan bahawa kampong ini juga ditinggalkan kerana
wabak penyakit walaubagaimanapun generasi penduduk kampong ini masih ada hari
ini.
Kesemua penenpatan ini masih terdapat kesan tinggalan
seperti pecahan tembikar,pecahan seramik, kulit kulit kerang, siput, pokok buah
buahan, pokok kelapa, kuburan dan sebagainya sebagai bukti bahawa tempat ini
suatu ketika dahulu sebuah perkampungan.
Kemakmuran Kg. Tagaroh sebelum wabak penyakit melanda.
Menurut cerita yang dituturkan oleh generasi lama mengatakan
Kampung Tagaroh pada suatu ketika dahulu terlalu ramai penduduknya menurut
cerita pokok pinang jatuh dilaluan pada waktu pagi akan pecah pada sebelah
petang dan menurut satu cerita lagi bahawa pernah satu masa sebuah sulap milik
penduduk kampong Tagaroh mempunyai tangkob tempat menyimpan padi menurut cerita
dalam Bahasa dusun tindal turu manakod (7 depa x 7 depah x 7 depa) penuh dengan
padi telah rebah kemudian kosumandakan (gadis gadis) kampong tersebut telah
bergotong royong mengumpul padi yang tertumpah apabila selesai mengumpul setiap
orang hanya memperoleh sebucuh sorundung sahaja menunjukkan betapa ramainya
penduduk kampong itu hanya kosumandakan belum termasuk orang tua, pemuda dan
kanak kanak yang terlibat menungut padi yang tumpah.
Malangnya pada suatu hari kampung ini telah dilanda wabak
penyakit, mereka yang mengidap penyakit ini kulit mereka seperti kesan terkena
bara api. Semasa kejadian itu berlaku diceritakan bahawa belum pun balik orang
pergi mengubur dikhabarkan sudah ada yang yang meninggal dunia dan mahu
dikebumikan. semakin hari semakin ramai pengidap wabak penyakit meninggal dunia
sehingga tidak mampu mengubur jasad jasad itu kemudian mereka yang masih hidup
mengumpul semua jasad dan meletakkan disatu tempat namun sehingga hari ini
lokasi tersebut belum diketahui tempat mereka meletakkan jasad jasad tersebut.
Semasa wabak penyakit melanda beberapa orang penduduk
kampong melihat kaki orang berjuntai dibumbung rumah dan mereka percaya bahawa
kaki itu adalah kaki roh jahat (rogon) mereka yang berani melibas kaki itu
dengan parang namun sejak dari itu bilangan penduduk yang mati semakin
bertambah. Apabila kematian semakin hari semakin bertambah bilangan penduduk
semakin hari semakin berkurang akhirnya tinggal beberapa buah rumah lagi yang
mempunyai penghuni sebagiannya tidak berpenghuni kerana semuanya mati kerana
penyakit.
Pada suatu hari penduduk kampong (Ponot dan saudaranya) telah melihat
ada kuda berjalan jalan disekitar kampong sambil menghidu setiap rumah rumah yang tidak berpenghuni lagi yang ada dikampung itu mereka hairan dan ketakutan melihat kehadiran dan gelagat kuda tersebut kerana setahu mereka tidak ada seorangpun penduduk kampong
memiliki kuda. setelah kuda tersebut menghilang diri dalam hutan mereka
mendapati tidak ada kesan tapak ditempat kuda itu berjalan dan mereka
mempercayai bahawa kuda itu adalah rogon.
Setelah kejadian itu mereka dan yang
lain meninggalkan kampong Tagaroh dan membuat penempatan baru di hilir sungai
Tagaroh (lokasi di lot tanah milik Bakau Rinting dekat dengan tapak rumah Gidil Gampung hari ini) mereka ialah Kandalong dan saudaranya termasuklah Langkading (Purak
Tulu) Doringkok dan lain lain, pokok kelapa yang mereka tanam pada pada masa itu masih ada kelihatan sehingga ke hari ini.
Sebahagian lagi membuat penempatan di satu tempat dipanggil Songguli
mereka adalah keluarga Lupai Bte Gompilo (isteri Soborong B. Pansaul), Lako,
Ranggutan, Gorungot, Linggu dan Randaman dan sebahagian lagi membuat penempatan
di Radap iaitu Yali dan Bulakang sementara pemuda Tagaroh yang berkahwin di
Panaitan telah menetap di panaitan ikut tinggal dengan keluarga isteri.
Beberapa tahun kemudian beberapa orang yang tinggal di
Songguli telah membuat rumah berhampiran dengan penempatan yang diduduki
keluarga Kandalong, Langkading dan mereka yang lain kemudian diikuti oleh
mereka yang lain namun Linggu dan Gorungot terus menetap di tanah yang dikenali
hari ini Wani demikian juga keluarga Ranggutan terus menetap di sekitar kawasan
Radap. Mereka yang lain termasuklah mereka yang berkahwin di panaitan menyusul
untuk membuat rumah dan tempat itu akhirnya kawasan yang mereka duduki diberi nama Kudar diberi nama sempena nama tempat/nama menangkap kerbau.
Kg. Kudar sebelumnya tempat padang ragut kerbau milik orang
panaitan dan kudar oleh kerana kawasan ini menjadi padang ragut kerbau semulajadi maka kawasan itu dijadikan paun kerbau padang
ragut kerbau penduduk kampong. Kerbau milik penduduk kg.kudar dan panaitan
terlalu banyak pada masa itu.
Akhirnya pada akhir 50an nama kudar di ubah dengan nama Tagaroh
mengambil nama sempena nama kampong Tagaroh yang ditinggalkan oleh penduduk
kampungnya kerana wabak penyakit.
lokasi kg Tagaroh asal adalah di kawasan disebut
Passal hari ini.
Bersambung………..